Pages

Senin, 22 November 2010

Belajar Batuan Karbonat

Senin, 22 November 2010 klo gk salah, gw udah nyampe nangor lagi nih, gila cape jga seminggu bolak balik nangor-jkt, mana tadi gw salah naik bus lagi, bus tasik - lbbulus yang paling full dangdut yang pernah gw naikin tuh, gila mabok dangdut gw, langsung aja ke initiny, gw mw ngepost bahan diskusian bru tentang batuan karbonat nih,  semoga bisa menambah pengetahuan kita ya. . Selamat membaca


PENGENALAN
Sedimen dan batuan sedimen karbonat terdiri daripada CaCO3 dan MgCO3. Bahan ini merangkumi sekurang-kurangnya 20 - 30% daripada keseluuhan batuan yang ada. Batuan sedimen karbonat merupakan salah satu daripada batuan takungan utama untuk bahan hidrokarbon (minyal dan gas).
Mineral utama yang membentuk sedimen dan batuan sedimen karbonat ialah;
Kalsit (Calcite) CaCO3
  • Sistem hablur Rhombohedral
  • Banyak ditemui dalam batuan sedimen tua daripada Tertier
  • Low magnesium calcite (<4%) and high magnesium calcite (>4%) still maintain
  • calcite crystal structure
Dolomit (Dolomite) CaMg(CO3)2
  • Sistem hablur Rhombohedral
  • Berasosiasi (associated) dengan mineral kalsit dan evaporit
Araginit (Aragonite) CaCO3
  • Sistem hablur Orthorhombic
  • Banyak ditemui dalam batuan sedimen karbonat recent (Cenozoic)
Dari segi tekstur, batuan karbonat boleh dibahagikan kepada tiga (seperti juga batuan klastik);
Pengelasan batuan karbonat dibuat berdasarkan kepada kehadiran ketiga-tiga tekstur di atas.

BUTIRAN KARBONAT
Butiran karbonat juga dikenali sebagai ALLOKEM. Ianya bersamaan dengan butiran kerangka atau klas untuk batuan klastik. Butiran karbonat ini mempunyai saiz daripada saiz lodak hinggalah kpada saiz yang sangat besar. Terdapat lima jenis butiran karbonat yang utama;
Pecahan cangkang (Skeletal fragments)
  • Boleh terdiri daripada keseluruhan cangkang
  • Merupakan antra allokem yang paling banyak ditemui
  • Boleh ditemui di kesemua sekitaran karbonat
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia7.JPG
Ooid
  • Merupakan butiran berbentuk bulat, dan mempunyai lingkaran kalsit (internal concentric layers of calcite) mengelilingi nukleus (samada pecahan cangkang, pellet, butiran kuarza dan lain-lain)
  • Mempunyai saiz pasir halis hingga kasar
  • Oncoids - merupakam ooid yang mempunyai garis pusat 1-2 cm
  • Oolit - batu kapur yang mempunyai ooid
  • Selalunya ditemui di sekitaran karbonat yang mempunyai air / gelombang yang berkocak secara berterusan (constantly reworked by waves)
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/oolitik.gifOolit disimen oleh kalsit
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia10.JPG
Peloid
  • Allokem yang berbentuk bulat atau membujur, tetapi terdiri daripada kalsit mikrokristallin atau kriptokristallin (microcrystalline or cryptocrystalline calcite) or aragonit
  • Dalam peloid tiada apa-apa struktur
  • Biasanya bersaiz lodak atau pasir halus
  • Kebanyakannya terdiri daripada fecal pellets
  • Pecahan cangkang yang bulat dan ooid yang tidak mempunyai apa-apa struktur juga dikenali sebagai peloid
  • Boleh ditemui di kebanyakan sekitaran pengendapan
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia13.JPG
Butiran karbonat atau litoklas (Carbonate clasts (lithoclasts))
  • merupakan sedimen atau klas yang berasal daripada batuan karbonat sedia ada (setelah dihakis)
  • mempunyai saiz pasir atau lebih besar
  • selalunya berbentuk bulat
  • litoklas ini tidak sebanyak ooids, peloids or pecahan cangkang (jarang ditemui)
  • Biasanya ditemui dalam endapan akibat ribut (storms deposits), alur, dan juga endapan turbidit
  • Ekstraklas (Extraclasts) - klas berasal daripada luar lembangan
  • Intraklas (Intraclasts) - klas berasal daripada lembangan yang sama
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia6.JPG

KALSIT MIKROKRISTALIN (Microcrystalline calcite)
Kalsit mikrostallin merupakan butiran karbonat (hablur kalsit atau aragonit) yang bersaiz halus (lumpur), dan ianya juga dikenali sebagai mikrit. Secara umumnya, mikrit ini membentuk matrik dalam batuan karbonat. Dalam sekitaran moden, mikrit terdiri daripada mineral aragonit, dan ianya berasal daripada algae berkalka. Secara ummnya, kedadiran mikrit yang banyak mencadangkan sekitaran bertenaga rendah. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak sentiasa benar.
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia11.JPG
Kalsit berbutir halus yang terdapat di celah ooid ini dikenali sebagai mikrit. Mikrit ini bertindak sebagai matrik.

KALSIT SPAR (Sparry calcite)
Kalsit spar merupakan hablur kalsit yang bersaiz besar. Hablur ini membentuk simen, dan boleh ditemui di ruang antara butiran karbonat. Simen ini terbentuk hasil daripada proses diagenesis, iaitu terbentuk selepas sedimen diendapkan. Kehadiran kalsit spar, dan ketiadaan kalsit mikrokristallin mencadangkan persekitaran air yang tertnaga tinggi, sehinggakan butiran halus dibawa keluar ke kawasan lain.
http://pkukmweb.ukm.my/%7Ekamal/batu-sedimen/kimia8.JPG
Simen kalsit yang mengelilingi allokem krinoid ini merupakan kalsit spar

0 komentar:

Posting Komentar

Download

http://www.downloadmp34shared.com/